Sunday, March 25, 2018

الحب أخذ وعطاء

الحب






Nahu & I'rab

[ BENGKEL I’RAB BERSAMA USTAZ ASHAFIZROL ]


Alhamdulillah, pada Sabtu lepas saya berkesempatan menyertai Bengkel I’rab yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Arab UM. Perkongsian oleh Ustaz Ashafizrol yang bermula sejak jam 9.30 pagi hingga petang sangat banyak memberi manfaat dan panduan buat para peserta. Semuanya kelihatan sungguh bersemangat dari awal program hinggalah tamat program dan kelihatan tidak bosan sedikit pun dengan penyampaian bersahaja al-Fadhil Ustaz Ashafizrol. Bagi sesi Q&A pula, soalan lebih banyak diajukan ustaz kepada kami berbanding sebaliknya (baca : tiada peluang untuk rasa mengantuk  )


Secara ringkasnya, apa yang perlu kita ingat dalam mempelajari I’rab ialah 2 perkara : ‘amil dan ma’mul. Boleh kita katakan A’mil adalah punca dan Ma’mul adalah lafaz yang huruf terakhirnya mengalami perubahan rafa’/nasob/jar/jazm kerana pengaruh A’mil (kesan), jadi kedua-duanya tidak dapat dipisahkan. Ada A’mil, ada lah Ma’mul. ; ada punca, ada lah kesan. A’mil adalah sesuatu memberi kesan hukum kepada ma’mulnya dan ia terbahagi kepada dua iaitu A’mil Lafzi,dan A’mil Ma’nawi (ada dua perkara sahaja iaitu الابتداء dan التجرد ). Contohnya Fa’il (Ma’mul) menjadi marfu’ kerana A’mil Fe’el (A’mil Lafzi), dan Mubtada’ menjadi marfu’ kerana ibtidaa (A’mil Ma’nawiyy).


Seterusnya, Ustaz Ashafizrol berkongsi kepada peserta perkara-perkara yang perlu diingat tentang I’rab :
1- Apakah perkara yang dikira sebagai A’mil dan Ma’mul
2- Pengelasan 26 tajuk dalam Ilmu Nahw mengikut hukum I’rab ; الرفع (7) – النصب (15) – الجر (3) – الجزم (1) [Peringkat kalimah]
3- Simbol-simbol I’rab (علامات الأعراب) bagi setiap hukum I’rab : الرفع (4) – النصب (5) – الجر (3) – الجزم (3)
4- 9 jenis kalimah penentu simbol I’rab iaitu : الاسم المفرد، المثنى ، جمع المذكر السالم، جمع المؤنث السالم، جمع التكسير، الأسماء الخمسة، الأفعال الخمسة، الفعل المضارع، اسم غير منصرف (perlu tahu tahu dan hafal ta’rif setiap satu)
5- 3 pembahagian jenis I’rab dari sudut zahir (atau tidak) simbol-simbolnya : الإعراب اللفظي(tanda I’rabnya zahir), الإعراب التقديري (pada Isim Maqsur, Isim Manqus dan Isim yang yang diidhofahkan kepada ya’ mutakallim) dan الإعراب المحلي pada tiga perkara iaitu Isim Mabni, Jumlah (ayat) dan Ta’wil Masdar
6- Pembahagian لا محل له من الإعراب pada peringkat kalimah (mabni pada semua huruf, fe’el Madhi, Amr dan fe’el mudhori yang bersambung dengan nun niswah dan nun taukid) dan peringkat jumlah (sebahagian)
7- Pengklasifikasian jumlah (ayat) kepada dua dari sudut I’rab ( لها محل من الإعراب (6) & لا محل لها من الإعراب (8) )
8- Muta’allaq


Antara pesan Ustaz yang masih segar di ingatan'' Kalau mengi’rab, biar sampai habis (sempurna I’rab)’’ kerana kebanyakan pelajar I’rab panjang-panjang tapi tak lengkap, dan antara tips yang diamalkan Ustaz untuk mempelajari Nahu ialah Ustaz akan mengulang berulang kali Matan al-Ajrumiyyah setiap hari selepas Asar. Kata Ustaz lagi, pelajar yang belajar bahasa Arab WAJIB ingat nahu (segala jenis takrif, simbol-simbol I’rab dll) macam baca basmalah, bila ditanya boleh jawab terus. Dan yg paling saya tak boleh lupa soalan yg Ustaz ajukan kepada saya ''Apa beza tajarrud (التجرد) dan khuluw (الخلو) ?’’ (Sehingga kini saya masih tiada jawapan)


Akhir kalam, banyak sungguh manfaat yang saya peroleh sepanjang separuh hari berbengkel dengan Ustaz Ashafizrol tempoh hari. Ternyata, banyak lagi usaha yang perlu dibuat untuk belajar Nahu ni T.T Tapi, 'ala kulli hal alhamdulillah rasa dapat semangat baru pun ada, sebab baru nampak secara jelas Ilmu Nahu ni berdasarkan kekunci-kekunci dan formula I’rab yang Ustaz kongsikan sebab sebelum ni nampak I'rab tu sesuatu yg sangat susah dan rumit. Jadi,marilah kita sama-sama belajar bahasa Arab sungguh-sungguh (antaranya belajar Nahu dengan lebih sistematik). Semoga berjaya!



Peserta Bengkel I'rab Anjuran PBAUM

Sempat ambil signature Ustaz dan bergambar 

Sambil tunggu Uber, ambil gambar kejap ;)

🌹تفاءلي

بدا اليوم يوم كأنه لا فرح ولا سرور فيه أيقظت صباح اليوم مثل ما أيقظت صباح أيام مضت اليأس والحزن والسأم تحيطك الفرح والسرور والسعا...