Thursday, June 28, 2018

Pengalaman Baru


20-21 April 2018


Pengalaman menyertai pertandingan debat adalah suatu yang baru buat saya dan merupakan sebuah pengalaman yang takkan dilupakan. Alhamdulillah bersyukur sangat kumpulan kami diketuai seorang pendebat berpengalaman bukan hanya debat Arab, bahkan Bahasa Inggeris juga! Syira tak lokek berkongsi ilmu dengan kami (Saya, Nad dan Izzah) selaku “beginner” dalam debat Arab ni. Sikit-sikit tak tau semua kami tanya Syira, dari cari mengolah isi sehinggalah cara penyampaian sebab semuanya pertama kali menyertai pertandingan debat. Iyalah masuk pertandingan pulak bertanding sekali dengan debaters yang dah sedia berpengalaman dan ada juga beberapa pendebat dari negara Arab. Aduhai! Sabar jelah Syira dengan kami. Terima kasih ya 😊


Sejujurnya mula tu ketar lah juga sebab tak biasa berdebat, dan mungkin sebab dah jarang cakap Arab lidah tu jadi kelu sikit nak berbicara. Rabbisyrah li sadri! A’la kulli hal alhamdulillah. Pengalaman bermakna!


Liga debat UIA berlangsung dari 20 hingga 21 April. Sebelum itu, peserta yang mendaftarkan diri dibahagikan kepada beberapa buah kumpulan yang akan diketuai oleh seorang Mentor. Peserta dimasukkan ke dalam sebuah grup Whatsapp khas untuk liga debat yang akan berlangsung dan diberikan beberapa tajuk yang akan diperdebatkan nanti beberapa hari sebelum liga. Antara tajuk yang diberikan :

1-      الجولة الأولى : برامج المواهب الدينية المتلفزة تؤثر سلبا على سمعة الإسلام
2-      الجولة الثانية : الاعتماد على العمال الأجانب خسارة للبلاد
3-      الجولة الثالثة : تنفيذ برنامج "يوم واحد بدون منظف" ضرورة
4-      جولة النصف النهائي : إلغاء عقوبة الإعدام أفضل
5-      الجولة النهائية : الإعلام المرئي والمسموع سبب في انحطاط السلوك لدى الشباب

Setelah diberikan briefing tentang liga, kumpulan kami mula berbincang untuk mencari isi dan hujah bagi setiap tajuk. Masing-masing berkongsi buah fikiran masing-masing, fakta-fakta carian baru serta pengetahuan sedia ada. Kami perlu berfikir lebih kritis kerana perlu menyediakan hujah bagi kedua belah pihak (kerajaan dan pembangkang). Dua malam bersengkang mata mencari isi membuat persediaan sebelum pertandingan berlangsung sebab malam je masa yang masing-masing free untuk berkumpul dan berlatih. Akhirnya masa yang dinanti-nanti (eh yeke?!) pun tiba. Untuk round pertama hari pertama dan kedua tiada waktu kuarantin disediakan. Selepas berkumpul, semua kumpulan terus bergerak ke lokasi pertandingan masing-masing di bangunan ECONS.


Menyertai aktiviti seperti debat ini bagus, kerana kita bukan hanya dapat praktis bertutur dalam suatu bahasa dengan lebih baik, bahkan ia dapat melatih kita berfikir dan berhujah secara kritikal dalam waktu yang sangat singkat. Pengalaman saya sendiri menyertai kelas debat dan liga anjuran ADC UIA (Arabic Debate Club) serba sedikit dapat meningkatkan kemahiran bertutur dan berhujah di hadapan awam selain dapat belajar beberapa istilah dan ibarat yang digunakan ketika debat. Selain itu, saya juga banyak mengetahui dan mendalami isu-isu semasa.


Syira yang biasa menyertai pertandingan debat pula, memberi peluang kepada setiap seorang daripada kami untuk merasai pengalaman menjadi pendebat di posisi berbeza di setiap pusingan. Pada pusingan pertama, saya menjadi زعيم المعارضة . Pada pusingan kedua pula, saya berpeluang memegang posisi sebagai ملخصة  dan di pusingan ketiga saya menjadi الوزيرة الثانية. Kami seterusnya layak bertanding dalam pusingan semi final kerana termasuk dalam 4 daripada 6 kumpulan terbaik. Tetapi rezeki tidak berpihak kepada kami kerana kami tewas menentang pasukan yang terdiri daripada pendebat Arab di pusingan tersebut. Alhamdulillah ^_^


Nasihat dan saranan saya, jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Kerana kita takkan pernah sempurna dan terlepas daripada membuat sebarang kesilapan dalam proses pembelajaran. Belajarlah daripada pengalaman untuk menjadi yang lebih baik.
من الخبرات نتألم، ومن الخبرات نتعلم لأن الخبرات خير معلم !

🌹تفاءلي

بدا اليوم يوم كأنه لا فرح ولا سرور فيه أيقظت صباح اليوم مثل ما أيقظت صباح أيام مضت اليأس والحزن والسأم تحيطك الفرح والسرور والسعا...