Friday, July 20, 2018

🌹تفاءلي



بدا اليوم يوم كأنه لا فرح ولا سرور فيه
أيقظت صباح اليوم مثل ما أيقظت صباح أيام مضت
اليأس والحزن والسأم تحيطك
الفرح والسرور والسعادة تودعك
حينئذ يبكي قلبك بكاء شديدا لا تعرفين إيقافه
كأن البكاء هذا وحده شفاءك ودواءك بما في الصدور
وهو بكاء توبة نصوحة وبكاء رجاء مغفرة ربها
يا أيتها الغالية
ينبغي أن تعرفي كم أنت محظوظة بهذه النعمة لمنحها لك بمثل هذا الشعور 
كم من الناس آثم قلبه لا يبصر به ما هو الحق وما هو عكسه وليس الذي يحزنه إلا سبب دنيوي فان
فلا بأس بك أن دمعت عيناك 
وغسلت خدودك بالدموع رجاء مغفرة ربك 
دموع من قلبك الطاهر
فأنت من أحبابه التائبين الصالحين
تفاءلي ولا تقنطي من رحمته!

Thursday, June 28, 2018

Pengalaman Baru


20-21 April 2018


Pengalaman menyertai pertandingan debat adalah suatu yang baru buat saya dan merupakan sebuah pengalaman yang takkan dilupakan. Alhamdulillah bersyukur sangat kumpulan kami diketuai seorang pendebat berpengalaman bukan hanya debat Arab, bahkan Bahasa Inggeris juga! Syira tak lokek berkongsi ilmu dengan kami (Saya, Nad dan Izzah) selaku “beginner” dalam debat Arab ni. Sikit-sikit tak tau semua kami tanya Syira, dari cari mengolah isi sehinggalah cara penyampaian sebab semuanya pertama kali menyertai pertandingan debat. Iyalah masuk pertandingan pulak bertanding sekali dengan debaters yang dah sedia berpengalaman dan ada juga beberapa pendebat dari negara Arab. Aduhai! Sabar jelah Syira dengan kami. Terima kasih ya 😊


Sejujurnya mula tu ketar lah juga sebab tak biasa berdebat, dan mungkin sebab dah jarang cakap Arab lidah tu jadi kelu sikit nak berbicara. Rabbisyrah li sadri! A’la kulli hal alhamdulillah. Pengalaman bermakna!


Liga debat UIA berlangsung dari 20 hingga 21 April. Sebelum itu, peserta yang mendaftarkan diri dibahagikan kepada beberapa buah kumpulan yang akan diketuai oleh seorang Mentor. Peserta dimasukkan ke dalam sebuah grup Whatsapp khas untuk liga debat yang akan berlangsung dan diberikan beberapa tajuk yang akan diperdebatkan nanti beberapa hari sebelum liga. Antara tajuk yang diberikan :

1-      الجولة الأولى : برامج المواهب الدينية المتلفزة تؤثر سلبا على سمعة الإسلام
2-      الجولة الثانية : الاعتماد على العمال الأجانب خسارة للبلاد
3-      الجولة الثالثة : تنفيذ برنامج "يوم واحد بدون منظف" ضرورة
4-      جولة النصف النهائي : إلغاء عقوبة الإعدام أفضل
5-      الجولة النهائية : الإعلام المرئي والمسموع سبب في انحطاط السلوك لدى الشباب

Setelah diberikan briefing tentang liga, kumpulan kami mula berbincang untuk mencari isi dan hujah bagi setiap tajuk. Masing-masing berkongsi buah fikiran masing-masing, fakta-fakta carian baru serta pengetahuan sedia ada. Kami perlu berfikir lebih kritis kerana perlu menyediakan hujah bagi kedua belah pihak (kerajaan dan pembangkang). Dua malam bersengkang mata mencari isi membuat persediaan sebelum pertandingan berlangsung sebab malam je masa yang masing-masing free untuk berkumpul dan berlatih. Akhirnya masa yang dinanti-nanti (eh yeke?!) pun tiba. Untuk round pertama hari pertama dan kedua tiada waktu kuarantin disediakan. Selepas berkumpul, semua kumpulan terus bergerak ke lokasi pertandingan masing-masing di bangunan ECONS.


Menyertai aktiviti seperti debat ini bagus, kerana kita bukan hanya dapat praktis bertutur dalam suatu bahasa dengan lebih baik, bahkan ia dapat melatih kita berfikir dan berhujah secara kritikal dalam waktu yang sangat singkat. Pengalaman saya sendiri menyertai kelas debat dan liga anjuran ADC UIA (Arabic Debate Club) serba sedikit dapat meningkatkan kemahiran bertutur dan berhujah di hadapan awam selain dapat belajar beberapa istilah dan ibarat yang digunakan ketika debat. Selain itu, saya juga banyak mengetahui dan mendalami isu-isu semasa.


Syira yang biasa menyertai pertandingan debat pula, memberi peluang kepada setiap seorang daripada kami untuk merasai pengalaman menjadi pendebat di posisi berbeza di setiap pusingan. Pada pusingan pertama, saya menjadi زعيم المعارضة . Pada pusingan kedua pula, saya berpeluang memegang posisi sebagai ملخصة  dan di pusingan ketiga saya menjadi الوزيرة الثانية. Kami seterusnya layak bertanding dalam pusingan semi final kerana termasuk dalam 4 daripada 6 kumpulan terbaik. Tetapi rezeki tidak berpihak kepada kami kerana kami tewas menentang pasukan yang terdiri daripada pendebat Arab di pusingan tersebut. Alhamdulillah ^_^


Nasihat dan saranan saya, jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Kerana kita takkan pernah sempurna dan terlepas daripada membuat sebarang kesilapan dalam proses pembelajaran. Belajarlah daripada pengalaman untuk menjadi yang lebih baik.
من الخبرات نتألم، ومن الخبرات نتعلم لأن الخبرات خير معلم !

Sunday, March 25, 2018

الحب أخذ وعطاء

الحب






Nahu & I'rab

[ BENGKEL I’RAB BERSAMA USTAZ ASHAFIZROL ]


Alhamdulillah, pada Sabtu lepas saya berkesempatan menyertai Bengkel I’rab yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Arab UM. Perkongsian oleh Ustaz Ashafizrol yang bermula sejak jam 9.30 pagi hingga petang sangat banyak memberi manfaat dan panduan buat para peserta. Semuanya kelihatan sungguh bersemangat dari awal program hinggalah tamat program dan kelihatan tidak bosan sedikit pun dengan penyampaian bersahaja al-Fadhil Ustaz Ashafizrol. Bagi sesi Q&A pula, soalan lebih banyak diajukan ustaz kepada kami berbanding sebaliknya (baca : tiada peluang untuk rasa mengantuk  )


Secara ringkasnya, apa yang perlu kita ingat dalam mempelajari I’rab ialah 2 perkara : ‘amil dan ma’mul. Boleh kita katakan A’mil adalah punca dan Ma’mul adalah lafaz yang huruf terakhirnya mengalami perubahan rafa’/nasob/jar/jazm kerana pengaruh A’mil (kesan), jadi kedua-duanya tidak dapat dipisahkan. Ada A’mil, ada lah Ma’mul. ; ada punca, ada lah kesan. A’mil adalah sesuatu memberi kesan hukum kepada ma’mulnya dan ia terbahagi kepada dua iaitu A’mil Lafzi,dan A’mil Ma’nawi (ada dua perkara sahaja iaitu الابتداء dan التجرد ). Contohnya Fa’il (Ma’mul) menjadi marfu’ kerana A’mil Fe’el (A’mil Lafzi), dan Mubtada’ menjadi marfu’ kerana ibtidaa (A’mil Ma’nawiyy).


Seterusnya, Ustaz Ashafizrol berkongsi kepada peserta perkara-perkara yang perlu diingat tentang I’rab :
1- Apakah perkara yang dikira sebagai A’mil dan Ma’mul
2- Pengelasan 26 tajuk dalam Ilmu Nahw mengikut hukum I’rab ; الرفع (7) – النصب (15) – الجر (3) – الجزم (1) [Peringkat kalimah]
3- Simbol-simbol I’rab (علامات الأعراب) bagi setiap hukum I’rab : الرفع (4) – النصب (5) – الجر (3) – الجزم (3)
4- 9 jenis kalimah penentu simbol I’rab iaitu : الاسم المفرد، المثنى ، جمع المذكر السالم، جمع المؤنث السالم، جمع التكسير، الأسماء الخمسة، الأفعال الخمسة، الفعل المضارع، اسم غير منصرف (perlu tahu tahu dan hafal ta’rif setiap satu)
5- 3 pembahagian jenis I’rab dari sudut zahir (atau tidak) simbol-simbolnya : الإعراب اللفظي(tanda I’rabnya zahir), الإعراب التقديري (pada Isim Maqsur, Isim Manqus dan Isim yang yang diidhofahkan kepada ya’ mutakallim) dan الإعراب المحلي pada tiga perkara iaitu Isim Mabni, Jumlah (ayat) dan Ta’wil Masdar
6- Pembahagian لا محل له من الإعراب pada peringkat kalimah (mabni pada semua huruf, fe’el Madhi, Amr dan fe’el mudhori yang bersambung dengan nun niswah dan nun taukid) dan peringkat jumlah (sebahagian)
7- Pengklasifikasian jumlah (ayat) kepada dua dari sudut I’rab ( لها محل من الإعراب (6) & لا محل لها من الإعراب (8) )
8- Muta’allaq


Antara pesan Ustaz yang masih segar di ingatan'' Kalau mengi’rab, biar sampai habis (sempurna I’rab)’’ kerana kebanyakan pelajar I’rab panjang-panjang tapi tak lengkap, dan antara tips yang diamalkan Ustaz untuk mempelajari Nahu ialah Ustaz akan mengulang berulang kali Matan al-Ajrumiyyah setiap hari selepas Asar. Kata Ustaz lagi, pelajar yang belajar bahasa Arab WAJIB ingat nahu (segala jenis takrif, simbol-simbol I’rab dll) macam baca basmalah, bila ditanya boleh jawab terus. Dan yg paling saya tak boleh lupa soalan yg Ustaz ajukan kepada saya ''Apa beza tajarrud (التجرد) dan khuluw (الخلو) ?’’ (Sehingga kini saya masih tiada jawapan)


Akhir kalam, banyak sungguh manfaat yang saya peroleh sepanjang separuh hari berbengkel dengan Ustaz Ashafizrol tempoh hari. Ternyata, banyak lagi usaha yang perlu dibuat untuk belajar Nahu ni T.T Tapi, 'ala kulli hal alhamdulillah rasa dapat semangat baru pun ada, sebab baru nampak secara jelas Ilmu Nahu ni berdasarkan kekunci-kekunci dan formula I’rab yang Ustaz kongsikan sebab sebelum ni nampak I'rab tu sesuatu yg sangat susah dan rumit. Jadi,marilah kita sama-sama belajar bahasa Arab sungguh-sungguh (antaranya belajar Nahu dengan lebih sistematik). Semoga berjaya!



Peserta Bengkel I'rab Anjuran PBAUM

Sempat ambil signature Ustaz dan bergambar 

Sambil tunggu Uber, ambil gambar kejap ;)

Sunday, November 19, 2017

MENGHELA NAFAS BARU




Assalamualaikum wbt,


Rasanya sudah lama juga saya tidak menggunakan papan kekunci laptop ini untuk menaip. Tambahan pula, saya memang seorang yang sangat jarang menulis (menulis status di media sosial contohnya, apatah lagi menceburkan diri secara serius dalam penulisan blog). Ya, mungkin sebab itulah jika saya menulis sebarang status di FB misalnya, bahasanya kelihatan agak kaku dan seringkali saya mengambil masa yang agak lama untuk menulis dan mengedit penulisan tersebut. Saya sebenarnya berminat juga untuk menulis terutama penulisan dalam bahasa Arab. Tapi apa yang saya tulis itu biasa-biasa sahajalah.


Sebelum ini, saya ada menulis beberapa perenggan pendek bahasa Arab. Ia bermula semenjak saya menyertai daurah bahasa Arab yang dibimbing oleh Ustaz Muhammad, seorang senior jurusan Bahasa Arab yang amat saya kagumi sejak tahun pertama ijazah lagi. Dalam daurah tersebut, beliau mengarahkan kami (pelajar –pelajar yang menyertai  daurah) agar menulis sebuah perenggan dalam bahasa Arab berkenaan apa-apa sahaja tajuk yang kami ingin untuk diperdengarkan kepada sahabat-sahabat dan diperbetulkan oleh beliau. Saya masih ingat lagi ketika itu, saya menulis tentang sabar dan syukur. Antara sebab saya menulis tajuk itu kerana ketika itu saya sangat terkesan dan termotivasi dengan beliau. Saya menulis untuk menasihati diri agar menjadi seorang yang lebih bersyukur dan bersabar dalam menempuh kesusahan dalam menuntut ilmu seperti beliau. Beliau seorang yang berlatar belakangkan keluarga susah namun sangat bersungguh-sungguh dan tidak pernah memberi alasan dalam menuntut ilmu. Pengetahuan bahasa Arabnya sangat luas, begitu juga pengetahuan agamanya khususnya ilmu tentang al-Quran. Allahu, jika nak dibandingkan dengan saya yang biasa-biasa ni, rendah diri rasanya. Saya juga pernah mendengar cerita dari kawan-kawan bahawa beliau yang sangat mencintai ilmu ini sering berjalan kaki ke Masjid Sunnah (sebuah masjid di Rabat), yang agak jauh dari rumah sewa yang didiami pelajar lelaki Rabat untuk menghadiri majlis-majlis ilmu yang diadakan di sana.  Jarak antara rumah sewa dan Masjid Sunnah sebenarnya agak jauh. Dan seringkali pengangkutan yang biasa digunakan oleh para pelajar ialah teksi saghir, namun kesempitannya dalam kewangan menyebabkan beliau sering berjalan kaki ke mana-mana untuk menjimatkan wang. Semoga Allah memudahkan urusannya.


Berbalik semula kepada penulisan bahasa Arab tadi, saya sebenarnya ada menulis blog (blog ini) tetapi penulisan saya sangat sedikit (mungkin kerana kurangnya mengulangkaji semula ilmu-ilmu yang telah dipelajari (Allahu) dan mungkin juga kerana  ilmu saya yang sangatlah sedikit. Agak  lama juga  sebenarnya saya tidak mengupdate blog. InsyaAllah, saya berniat untuk mula menulis semula post-post berkaitan bahasa Arab agar manfaatnya dapat dikongsi bersama dan sebagai rujukan ulangkaji saya kerana saya sangat percaya bahawa ilmu yang dipelajari perlu dikongsi,diulangkaji dan ditulis agar lebih diingati kerana
مَا حُفِظَ فَرَّ وَمَا كُتِبَ قَرَّ
Maksudnya : Apa yang dihafal itu boleh hilang dari ingatan namun apa yang ditulis itu kekal.


Segulung ijazah itu bagi saya sia-sia jika ilmu yang dipelajari hanya sekadar untuk lulus dalam peperiksaan. Hatta walau seexcellent mana pun kita (dalam peperiksaan), tetapi jika ilmu itu tidak dapat dimanfaatkan dan dikongsi untuk kebaikan orang lain alangkah ruginya kita. Membaca bahan bacaan dalam bidang ilmu lain juga penting untuk menambah pengetahuan selain pentingnya menguasai bidang sendiri. Dalam mempelajari bahasa Arab contohnya, selain daripada menguasai Nahu, Sorof dan Balaghah pelajar juga perlu banyak membaca bahan bacaan seperti syair,novel,cerpen dan pelbagai bentuk teks Arab yang lain bagi tujuan memperbanyak dan menambah kosa kata. Selain itu, mendengar audio atau menonton video-video, kartun dan movie dalam bahasa Arab juga merupakan antara alternatif yang agak baik untuk mempelajari bahasa Arab (melalui hiburan). Melalui cara ini, pelajar dapat mengambil dan mempraktikkan input-input baru berkenaan uslub yang digunakan oleh orang Arab dalam pertuturan.


Sebelum mengakhiri entri ini, saya ingin memetik kata-kata Saidina Umar r.a :
تَعَلَّمُوا الْعَرَبِيَّةَ فَإِنَّهَا جُزْءٌ مِنْ دِينِكُمْ
Maksudnya : Pelajarilah bahasa Arab kerana ia adalah sebahagian daripada agama kamu.


Semoga kita terus bersemangat dalam mempelajari bahasa Arab ini dan semoga Allah mempermudah usaha kecil saya untuk menulis blog ini. Dan semoga usaha yang sedikit ini dapat menambahkan kecintaan kita sebagai umat Islam terhadap al-Quran dan bahasa Arab. Aamiiin ya Rabbal A’lamin.





*Nota kaki : Saya mengharapkan teguran atau cadangan penambaikan daripada pembaca jika terdapat sebarang kekurangan dalam penulisan blog ini untuk saya baiki dari masa ke semasa. Tk. Wassalam.

Thursday, July 14, 2016

الخوف





الخوف. ما الخوف؟ لماذا يخاف الإنسان مما يراه الناس؟ ألا يرى أن الله يرى كل شيء أكثر مما يراه الناس؟ الخوف خوف من الله

تعالى وما سوى ذلك فهو خوف باطل. هلا يختلف الحق عن الباطل؟



خاف الإنسان مما لا ينبغي عليه الخوف أو الخجل. وعندما ارتكب الأخطاء، يبدو أنه دائما يفر منها ولا يأخذ منها أي عبرة وعظة فتستمر الحياة كما هي دون أن ينتفع منها شيئا. يا للإنسان، خسرت خسرانا مبينا!


عندما يخطر ببالي هذا الأمر ، تذكرت قصة فتاة خائفة مسكينة. ذات يوم، سافرت الفتاة إلى الرباط : المنطقة التي تقطن فيها صديقاتها المحبوبة لزيارتهن. عندما وصلت الرباط وأخذت الطاكسي للذهاب إلى الإقامة التي تسكن فيها صديقاتها، توجهت إلى منزل صديقاتها وبدأت تدق الباب وتجعل جرس المنزل أن يرن. "شكون؟" أجاب صاحب المنزل بصوته الخشن، عندما سمعت صوت الرجل، عرفت بأنها أخطأت وفورا جرت جريا سريعا للذهاب إلى بيت صديقاتها وتدق الباب فدخلت إليه (عجيب! عرفت منزل صديقاته في تلك الحين). وفي نفس الوقت، سمعت خطوات القدم من المنزل الذي ذهبت إليه تجري نحوها. وبعد برهة أن دخلت في منزل صديقاته وجلست وحدها أمام جدار المنزل خائفة فزعة وخجولة، سمعت صوت رجل أمام المنزل وهو يدق الباب وعرفت الفتاة ذلك الصوت. فطلبت من زميلتها التي لا زالت تتعجب بتصرفاتها الغريبة أن تفتح له بابا وأن تتكلم معه. "من الذي يدق باب منزلي؟ فأجابت الزميلة : صديقتي. "لماذا تفر وتخاف مني قبل أن تتكلم معي وتقر أخطائها؟" فأجابت : هي تتأسف كثيرا. "لماذا خافت أن تعتذر عما فعلت؟ كلنا خطائون". 
(سكتت الفتاة وهي في استماعها للحوار بينهما .صمتت تفكر فيما قاله ذلك الرجل)



نعم كلنا خطائون. لذا لا تخجل إذا ارتكبنا الأخطاء. كن مستقبلا للمشاكل ولا تفر منها. إذا أخطأت لمخلوق، فاطلب العفو منه. أما إذا أخطأت للخالق، فاطلب منه المغفرة واستغفر لذنوبك إنه كان توابا. فعليك أن تتعلم من خبراتك شيئا وتستفيد منها. لأننا كلنا خطائون. وخير الخطائين التوابون

Sunday, July 10, 2016

Muzakkar & Muannath


Bahasa Arab adalah bahasa yang sangat unik dan menarik untuk dipelajari ; Sorfnya, Nahunya, Balaghahnya dan pelbagai lagi.


Dalam bahasa Arab, kata nama (الاسم) boleh dikelaskan mengikut pelbagai kategori sama ada bilangan, i'rab dan binaa', atau tazkir dan ta'nith dan lain-lain :
1- Bilangan : seperti mufrad iaitu satu, muthanna iaitu dua (+ان *dalam keadaan rafa'), dan jama' iaitu tiga atau lebih samada jama' muzakkar salim (+ون *dalam keadaan rafa'), atau jama' muannath salim (+ات), atau jama' taksir (mempunyai pelbagai bentuk)
atau
2- I'rab dan Binaa' : kata nama yang tergolong dalam kategori I'rab boleh menerima perubahan pada akhir perkataan (sama ada secara lafaz atau taqdir) kerana perbezaan 'awamil (unsur) yang masuk padanya. Kata nama محمّد contohnya ketika keadaan (rafa') berbaris dhommah قَامَ محمّدٌ,  apabila dalam keadaan (nasob) ia berbaris fathah رأيْتُ محمّدًا, manakala dalam keadaan jar/khafdh pula ia berbaris kasrah مررْتُ بمحمّدٍ. Namun, perkataan محمد yang merupakan isim mutamakkin amkan sedikit berbeza dengan perkataan seperti kata nama أحمد yang juga dalam kategori I'rab tetapi tidak boleh menerima kasrah dan tanwin. Ini kerana ia (أحمد) adalah isim mutamakkin ghair amkan (ghair munsorif). Walaubagaimanapun, I'rab berbeza dengan keadaan Binaa', kerana  mana akhir kata nama yang bersifat mabni (kategori Binaa') kekal dengan baris yang sama dalam apa jua keadaan sekalipun seperti perkataan هؤلاءِ
atau
3- Tazkir dan Ta'nith (gender)



TAZKIR DAN TA'NITH DALAM BAHASA ARAB


Definisi :
Menurut pengarang kitab Jami' Ad-Durus Al-'Arabiyyah iaitu Musthafa Al-Ghulaayaini, Muzakkar adalah sesuatu yang boleh disyaratkan kepadanya dengan perkataan هَذَا. Manakala Muannath pula boleh diisyaratkan dgn perkataan ِهَذِه.

Pengelasan :
Secara umumnya, Muzakkar dan Muannath terbahagi kepada dua bahagian ;
1-'Haqiqi'
2-'Ghair Haqiqi' atau nama lainnya 'Majazi'.

Muzakkar Haqiqi adalah yang memiliki farjuzzakar (alat kelamin lelaki) contohnya perkataan رَجُل ، جَمَل ، حِمَار. Muannath Haqiqi pula adalah anmemiliki farjul untsa seperti kalimah امرأة، ناقَة، أتَان .

Muzakkar dan Muannath Ghair Haqiqi pula adalah golongan yang tidak memiliki alat kelamin lelaki mahupun perempuan. Contoh  Muzakkar Majazi adalah seperti كتاب، عمل، جدار manakala contoh Muannath Majazi pula seperti perkataan الدار، القِدْر، النار

 * Tiada kaedah khas untuk mengetahui kata nama-kata nama yang majazi ini (sama ada ia Muzakkar atau Muannath) sebaliknya, kita perlu bergantung kepada Sama' (meniru orang Arab dalam penentuan Muzakkar atau Muannathnya sesuatu kata itu)


Tanda-tanda Muannath (علامات التأنيث):

Bahasa Arab pada awal sejarahnya tidak meletakkan sebarang tanda (huruf dan sebagainya) untuk membezakan Muzakkar dan Muannath, melainkan ia membezakan keduanya dengan meletakkan perkataan atau lafaz yang berbeza. Contohnya: حمار yang bermaksud keldai jantan dan أتان yang bermaksud keldai betina dan pelbagai lagi perkataan lain. Selepas itu, disebabkan rasa bimbang akan timbulnya terlalu banyak perkataan baru disamping keinginan para qudama' untuk memudahkan orang Arab, mereka meletakkan huruf Taa' sebagai  tanda khas untuk membezakan Muzakkar dan Muannath, seperti perkataan Muzakkar ضارب, muannathnya ضاربة dan kalimah امرئ muannathnya امرأة.
Manakala tanda-tanda lain seperti huruf Alif yang juga merupakan tanda Muannath, bukanlah tanda yang qiyasi (علامة قياسية).


Menurut Ibn Al-Anbari, tanda-tanda Muannath terbahagi kepada dua iaitu ;
1- Huruf Alif, yang terbahagi kepada 2 bahagian juga  iaitu  Alif Maqsurah seperti perkataan حُبْلَى، بُشْرَى dan Alif Mamdudah spt صحراء،حمراء
2- Huruf Taa' pada perkataan seperti امرأة، ضاربة، تلميذة


Akan tetapi, terdapat beberapa keadaan yang boleh dianggap 'special case' yang mana :

1- Sesetengah tanda taa'nith ini boleh kita dapati pada kata nama muzakkar (L) contohnya *huruf Taa' pada perkataan تِلْعابة، علّامة  dan  راوية. Ketiga-tiga perkataan ini berwazan فَعّالَة , boleh digunakan untuk kedua-dua Muzakkar dan Muannath, dan huruf Taa' di sini bertujuan untuk mubalaghah (berlebih-lebihan sama ada dalam memuji atau mengeji). Bagi contoh *Alif Maqsurah pula adalah seperti perkataan رجل *خُنْثَى dan contoh isim Muzakkar yang padanya ada *Alif Mamdudah adalah seperti عَيَايَاء (lelaki mandul) طَبَاقَاء (lelaki dungu).

2- Ada juga kata nama Muannath yang bentuknya menyerupai isim Muzakkar (tiada tanda Muannath),  contohnya  isim yang menggambarkan keadaan khas yang hanya dialami oleh perempuan sahaja seperti perkataan  حائض، عاقِر، حامِل begitu juga perkataan lain seperti Kata Nama Khas bagi perempuan iaitu هند, dan perkataan أتان yang bermaksud keldai betina.


Jadi, ada sebahagian ahli lughah seperti Ibnu At-Tasturi yang menganggap bahawa tiada bab kaedah tetap untuk membezakan Muzakkar dan Muannath. Hal ini kerana, terdapat tanda Muannath juga pada sebahagian kata nama Muzakkar dan sebaliknya. Oleh itu, untuk mengetahuinya kita perlu bergantung pada kedua-dua Qiyas  dan Sama'.


Wallahu a'lam.

🌹تفاءلي

بدا اليوم يوم كأنه لا فرح ولا سرور فيه أيقظت صباح اليوم مثل ما أيقظت صباح أيام مضت اليأس والحزن والسأم تحيطك الفرح والسرور والسعا...